29 November 2011

Tentang Dhia

Assalamualaikum...

wah..entry kali nie nak cuit-cuit sikit pasal drama bersiri kat TV3 tu..Tentang Dhia..
petang-petang balik keje mesti kene dok ngadap Tv3 ngn My.Mr.Abi (MMA)..selalunya balik keje jam 5ptg sampai umah lebih-lebih kurang ada la jam 630ptg..terus masuk bilik(maklumla..dalam bilik pon ada tv you ollss..hehehe..) terus bukak TV3...mula-mula tertengok citer tu pun disebabkan oleh MMA yang mula2 tengok..b4 masuk drama Tentang Dhia nie ada dramm Soffiya dulu..yang tu lah mula-mula tengok..


pelakon2 pun mantop-mantop giteww.. :)


la ni..TV3 membuat tayangan Tentang Dhia..citer sangat best..sungguh best..pada yang belum tgk lagi sila tengok..citer nie pun dari novel gak kan..bila da tamat Soffiya..terus sambung ke drama nie..tgk sekali terusla melekat depan tv tiap2 isnin sampai khamis.. :)



bukak tv3 balik karang yer.. :)






Sinopsis Drama Tentang Dhia

Tentang Dhia mengenai sebuah kisah cinta menggamit emosi dan penuh dramatik terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd hasil nukilan dan arahan Azlina Pa’wan dan dijayakan oleh barisan pelakon hebat seperti Nora Danish, Adi Putra, Ako Mustapha, Irfan Roslan, Tasha Shilla, Izreen Azminda dan Puteri Sarah.

Cinta dan simpati tiada ukurannya bagi Dhia (Nora Danish), yang berdiri di antara dua lelaki yang sangat dikasihinya. Percintaan tiga segi ini turut menjadi mimpi ngeri apabila dia dicemburui Melly (Izreen Azminda), yang mengganggap dirinya lebih anggun dan sesuai.

Raffi (Irfan Roslan) dan Azmi (Ako Mustafa), dua lelaki berbeza daripada dua latar belakang yang berbeza. Hanya memikul tugas sebagai seorang kerani biasa, Azmi yang merupakan anak seorang Imam di kampung tersebut disukai ramai kerana sifat rendah diri dan pandai mengambil hati. Hati Dhia sudah lama terpaut pada perwatakan Azmi, walaupun Raffi, seorang jejaka daripada keluarga berada mempunyai kelulusan luar negara merupakan teman rapat Dhia sejak kecil lagi.

Tergamam apabila melihat Azmi menjadi pilihan hati Dhia dan bakal melangsungkan majlis pertunangan, Raffi yang baru pulang dari luar negara merenung keseorangan di dalam kesedihan dan kekecewaan.

Namun, hatinya ikhlas menyintai Dhia, lalu Raffi mengambil keputusan untuk redha dengan apa yang berlaku.

Melly mengambil kesempatan ini untuk mendekati Raffi dan menidurinya ketika dia di dalam keadaan mabuk demi membuktikan perasaan cintanya.

Tetapi, ‘jerat’ yang dipasang Melly memakan diri sendiri apabila Raffi tidak mengendahkannya. Melly juga mendapati bahawa dirinya sedang mengandungkan anak Raffi. Tertekan dan terdesak, Melly mengenakan Azmi.

Azmi dan Melly ditangkap basah oleh penduduk kampung dan ditahan di lokap balai polis. Sejurus mengetahui tentang berita ini, hati Dhia bagaikan dipanah halilintar, mengenangkan majlis pertunangan mereka yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Namun, berkat ketabahan hatinya, Dhia mampu memaafkan Azmi dan majlis pertunangan tetap akan berlangsung seperti yang dirancang.

Walaubagaimanapun, majlis mereka diserang oleh keluarga Melly yang ingin menuntut keadilan daripada Azmi.

Mereka mahukan Azmi supaya bertanggungjawab di atas perbuatannya sehingga Melly didapati mengandung. Sekali lagi, Dhia diuji dan ujian kali ini bakal mengubah hidupnya sampai bila-bila. Azmi dan Melly disatukan tanpa kerelaan Dhia yang hanya mampu mengalirkan air mata.

“Bagaikan pelangi selepas hujan”, hidup Dhia didatangi Zikir (Adi Putra), seorang arkitek daripada sebuah firma di Kuala Lumpur.

Zikir mempunyai seorang rakan baik bernama Fendi, dan mereka bekerja di firma yang sama. Zikir sangat diminati oleh Rose (Tasha Shilla) yang juga salah seorang pekerja di firma milik beliau.

Malang tidak berbau, Fendi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya yang turut dialami Zikir ketika hendak pergi mengerjakan solat Jumaat.

Zikir datang ke kampung halaman Fendi untuk majlis pengebumian yang terletak di Pulau Pinang dan ditemani oleh isteri arwah Fendi, Suraya.

Ketika menjamah nasi lemak di sebuah gerai di kampung tersebut, Zikir terlihat Dhia. Mata bertentang mata, Zikir terpesona dengan keayuan Dhia.

Pelakon Drama Tentang Dhia

Nora Danish, Adi Putra, Tasha Shila, Izreen Azminda, Ako Mustafa, Irfan Roslan.

kredit to :)

SEMASA

TV3

20 November 2011

oo..rite..


oohh..ari nie 20 nov 2011..cantik mcm 11 nov 2011..
ermmm...sape kawen ari nie ekk.. ??

2 November 2011

2nd hari 2nd bulan 2nd sambutan :)

I LOVE U are words just three,
which mean so much on our ANNIVERSARY.
so this is what i want to say,
live in my heart n there 4 ever stay!


Alhamdullilah..
syukur kepadaMu Ya Allah...
ku panjatkan doa serta limpah kurnia ke hadrat Illahi
kerana ari ni da masuk 2 BULAN aku menjadi ISTERI kepada SUAMI ku..
ceceecece...

yer..dua bulan..
masa sangat cepat berlalu....
terasa baru jer semalam g
dating-dating..
makan-makan..
jalan-jalan..
jumpa-jumpa...
kenal-kenal..
kan..


Long after our anniversary
And
this greeting has been thrown away
Think of the thought behind it,
Each and everyday,
Happy Anniversary

..you n me..

ok..bulan nie jugak ada 3 besday yang wajib disambut oleh kami..
oh..yeah..

my luv sis ..7 nov..

my niece ..12 nov..

my luv ..14 nov...

tapi skrg..
pening..pening..pening..
nak cari ape ekk..
adusss...

1 November 2011

keadaan yang huru hara haru biru..

oh yeah...akhirnya dapat gak cari template blog yang agak-agak santekkk nie..
but i masih lagi on development untuk mensantekan lagi
belog-belog usang ni..

ermm..
actually masih lag jugak dalam keadaan hura hara
tidak di ketahuin kenapa..

ermm..
banyak benda nak share but my brain is not working right now..
tidak di ketahuin kenapa..

ermm..
kerja-kerja juga sangat banyak..
dengan pelajar-pelajar yang kurang asam lagi..
tidak di ketahuin kenapa..


ingin juge men upgrade belog ni..
tapi malas tu masih ada..
tidak di ketahuin kenapa..



tapi..
harus gembirakan hati..


DENGAN........


ini



ini



ini


ini


ini

ini

ini



dan


ini
































ohhhhhhhhhh... :)

nice date

omg..ari nie da 11111... :)
kredit pic to pok cik gugel....