7 Mei 2009

owwhhh..keadaan yg begitu merumitkan..

erm..boringya rasa..huhu..x tahula nak wat pe..nak entripun x tahu gak apenya..so, bg menghilangkan boring yg ada aku tryla entri mende2 yg x de pekdahnya nie..aku balik umah 27 april skrg baru 7 mei..huhu..lambatnya masa berlalu..kat umah ni baru 11 hari..dlm masa tu aku hanya 1 tido 2 mkn 3 wat keje umah 4 tolong kemas umah 5 cuci pinggan mangkuk 6 jadi bb sitter 7 tgk tv gak 8 gayut talipon 9 tolong cuci kete(kalo rajinla) 10 bawak kete p pusing2 kg skali ngn anak buah..arghhhhh..boringnya Ya Allah..tolongla hambamu ini..

6 Mei 2009

Bagaimana Ingin Bercinta? ?

Lumrah manusia, ingin dicintai dan mencintai.
Ingin mengasihi dan dikasihi.
Ingin dimanjakan dan memanjakan.
Ingin dibelai dan membelai.
Ingin memberi perhatian dan diberi perhatian.
Ingin ditemani tatkala sepi.
Ingin dihiburkan tatkala hati dirundung duka.
Ingin dipujuk tatkala merajuk.
Ingin disokong tatkala lutut terasa lemah.
Ingin dipimpin bila kaki terasa penat untuk melangkah.
Manusia ingin rasa dihargai.
Ingin rasa dimiliki dan memiliki.
Manusia normal, ingin memberi dan menerima.
Bersifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru,
melangkah ke alam baru, alam percintaan.
Seperti siang berpasangan dengan malam, seperti putih berpasangan dengan hitam, begitulah adam dicipta berpasangan dengan hawa, berbeza sama sekali, tapi saling memerlukan agar dapat saling melengkapi antara satu sama lain.
Wallahua'alam.
'COUPLE'..
suatu perkataan yang membawa seribu satu
maksud tersirat di dalamnya.
Jika dinilai secara kasar, ia membawa maksud berpasangan.
Kenapa banyak yang tersirat?
Kerana dengan hanya satu perkataan itu,
pelbagai kemungkinan,
kesan akibat 'couple', baik atau buruk,
bakal menanti dihadapan.
Berwaspadalah.
Saya tidak layak untuk mendifinasikan atau mengklasifikan atau menjatuhkan hukum bahawa 'couple adalah haram'.
Ini kerana ilmu dan pengetahuan saya tidaklah sedalam ustaz atau ustazah, namun di sini, saya ingin membincangkan, kenapa kita harus mengelakkan trend couple.
Perasaan cinta adalah fikrah, kita diciptakan indah dan sempurna, ada naluri dan perasaan.
Ada nafsu dan akal.
Ada kehendak dan keperluan.
Wujud perasaan suka atau cinta bukan bermakna kita seorang yang berdosa.
Cinta itu sesuatu yang agung dan suci.
Cinta mempunyai kuasa yang tersangat hebat, yang mampu mengubah manusia dalam sekelip mata sahaja.
Lebih baik atau sebaliknya.
Apa yang penting adalah bagaimana hala tuju cinta dibawa dan bagaimana cinta itu diuruskan?
Ingat, yang haram tetap haram, yang halal tetap halal.
Dosa tetap dosa, pahala tetap pahala.
Jangan kerana cinta, kita lupa segalanya. Jangan kerana cinta, kita mencampur adukkan dosa dan pahala.
Ibarat, solat itu positif, bersentuhan bukan muhrim adalah negatif, positif di campur dengan negatif jawapannya sifar,
jadi, di mana tempat kita nanti?
Adakah syurga atau neraka?
Sama-sama kita renungkan.
Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Dia yang satu. Cinta sesama makhluk adalah bersifat tidak kekal dan sementara, semuanya pinjaman dan bisa ditarik balik bila-bila masa sahaja. Semua makhluk pasti akan mati. Kita juga akan mati dan ternyata, cinta juga bersifat 'hidup', perlu dibelai, 'diberi makan', dijaga dengan baik, jika tidak, cinta juga akan pudar dan seterusnya akan mati. Musnah. Hancur binasa.
Cinta kepada yang berhak, itu yang terbaik iaitu cinta kepada suami atau isteri. Ini kerana dia sah dan halal untuk kita, jadi, kita tiada sebarang halangan untuk menjaga dan membajai cinta kita. Kita tiada halangan untuk membelai dan memujuk rayu, semuanya halal malahan mendapat ganjaran pahala dariNya.
Pilih antara dua, cinta yang memberi ganjaran pahala atau cinta yang menambahkan lagi bebanan dosa? Bersentuhan lelaki dan perempuan itu dosa. Merendahkan dan melunakkan suara wanita untuk memujuk lelaki adalah dosa. Bertentangan mata sehingga menerbitkan rasa ghairah juga adalah dosa. Jadi bagaimana?
Teruskan bercinta jika anda dan dia ada matlamat untuk membina rumahtangga dalam masa yang terdekat. Teruskan bercinta andai anda dan dia tahu menjaga soal pahala dan dosa. Teruskan bercinta andai cinta itu mampu mendekatkan lagi kalian kepada Dia yang satu. Teruskan bercinta jika matlamat kalian adalah sama, iaitu syurga yang abadi. Tetapi, jika semua itu atau salah satu darinya, tiada dalam kamus percintaan kalian, maka, jalan yang terbaik adalah menutup kisah cinta itu, tetapkan hati, suburkan dan bajailah cinta kepada Dia yang satu.
Allah yang Maha Pencipta. Dia menciptakan kita dan juga mengilhamkan perasaan kasih, sayang dan cinta ini. Dia yang Maha Mengasihi. Jika kita tidak mampu mencintai Dia melebihi segalanya, maka, adakah kita layak mencintai makhluk lain? Adakah itu tidak dikira menghina? Lupa diri? Kacang lupakan kulit? Adakah kita bersifat adil? Layakkah kita mencintai makhluk lain melebihi Pencipta kita? Merindui makhluk lain lebih daripada Dia? Tak malukah kita?
Cintailah Allah, cintailah Rasul, cintailah kedua ibu bapa kita. Cintailah diri sendiri sebelum kita mencintai insan lain. Jika kita yakin, dengan mencintai dan dicintainya, dapat menjamin kebahagiaan kita di dunia juga akhirat, maka bukalah hati untuknya. Bercintalah. Jangan gopoh dalam mengejar cinta. Jangan memandang mudah akan soal cinta kerana ia mampu membunuh. Cinta memiliki kuasa yang sungguh luarbiasa, maka, berhati-hatilah dengan cinta. Jangan kerana bahagia duniawi yang dikejar, kebahagiaan yang hakiki di akhirat terus terabaikan.
Sekian.
Wallahua'alam

4 Mei 2009

time kat bidong..











tunang..



ermm...da 2 minggu balik umah da..boringlak x de wat pe..keje pun x de..so, jadi jela suriumah yg x bertauliah..hehe..1 mei.. kwn satu kg la..dekat2 je ngn umah..selang 3,4 umah..bertunang..best tu adala sikit2 kot..hehe..aku?ermm..wait n see la..