27 Februari 2012

Alhamdullilah :)

salam..

sekian lama menyepi..rasa teramat malas bila sampai jer masa nak update blog..blog pon jadi belog la..

en3 kali nie nak post pasai nie ----> kehamilan... :)

  • tips-tips yang dapat dilakukan oleh ibu hamil pada saat kehamilan trimester pertama.( peringkat 0-4 minggu ~ rasa2nya la.. :) )

  • * Carilah informasi sebanyak-banyaknya tentang bagaimana caranya menjalani kehamilan yang sehat baik melalui buku, media akhbar, televisyen, internet, dll.
  • * Mulailah dan segera membiasakan diri mengenakan baju-baju yang longgar, meskipun perut belum kelihatan membesar.
  • * Pada trimester pertama, ibu hamil sering mengalami mual dan muntah yang salah satunya dapat menyebabkan dehidrasi, oleh kerana itu perbanyaklah ibu hamil minum air putih atau jus buah di luar jadual makan.
  • * Makanlah jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, ubi, dll
  • * Hindarkan makanan yang mengandungi kadar lemak tinggi atau berminyak seperti hidangan bersantan, gorengan atau daging berlemak.
  • * Hindari aneka macam bau-bauan yang menyengat atau tidak disukai, hal ini untuk menghindarkan ibu hamil dari rasa mual dan muntah.
  • * Biasakan memberus gigi setelah ibu hamil makan atau setelah mengalami muntah.
  • * Untuk menghindarkan rasa mual dan pening, usahakan secara perlahan-lahan ketika ibu hamil hendak bangun dari tidur atau berbaring, jangan dilakukan secara sekaligus dan spontan
  • * Ada baiknya ibu hamil makan dalam kuantiti kecil namun sering, hal ini juga untuk menghindarkan ibu hamil mengalami mual dan muntah
  • * Sediakanlah selalu minuman dan makanan kecil yang mengandung kadar garam rendah di kamar tidur, hal ini dilakukan agar setelah makan makanan tersebut, ibu hamil terhindar dari rasa mual dan muntah pada saat akan beraktiviti. Makanan kecil yang dapat disajikan antara lain seperti biskuit, roti gandum, atau buah-buahan.
  • * Bergabunglah atau carilah teman yang juga sedang mengalami kehamilan, atau bergabung di komuniti ibu hamil agar dapat saling bertukar pikiran dan pengalaman.
  • * Makanlah biskut di pagi hari sebelum bangkit dari tempat tidur.
  • * Minumlah susu hangat bila ibu hamil mengalami insomnia atau kesulitan tidur.
  • * Bila ibu hamil mengalami sembelit, minumlah air putih minimal 12 gelas sehari.
  • * Jika ibu hamil merasa sakit di bagian bawah perut dan terlihat adanya flek darah, khususnya setelah kehamilan usia > 4 minggu, segera hubungi doktor.
  • info-info yang berguna bagi ibu-ibu yang mengandung juga kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi.... ♥♥♥♥

  • ‎10 INFO TENTANG BAYI YANG ANDA TIDAK TAHU
  • ===============================
  • ( ♥ oo yeahh ♥ )

  • 1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

  • 2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

  • 3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

  • 4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

  • 5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

  • 6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

  • 7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

  • 8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

  • 9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

  • 10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel

  • nie sume copy n paste.. saje nnti senang nak bace bila da post kat blog nie.. :)